Saturday 7 September 2013

Dua Kupang

Amad dan Afiq sedang berbual di sebuah warung. menceritakan hal hal semasa. konon konon bakal pemimpin rakyat jelata.

"Minyak naik dua kupang,teh tarik pun naik dua kupang,apa nak jadik ngan mesia nih"kata Amad bengang lepas kena bayar air yang diorang minum tadi.

"Lain kali undi la aku,kompom minyak satu dunia turun 20sen."sahut Afiq sambil tangannya tekun membelek Samsung Galaxy Note II yang baru seminggu dibeli di kedai mana tah kat pontian,murah katanya.

"Hang dengan Ghost Rider sama!dua dua bleh duk satu rumah"bentak Amad.

"Apsal?Boleh jadik hero dunia ey?"tanya Afiq penuh bangga.

"Tak,dua dua kuat kencing,kencing berapi"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tuesday 3 September 2013

hidup mati

kadang kadang guwa rasa adalah lebih baik kita meluangkan masa dengan benda mati yang boleh menghidupkan kita,

daripada meluangkan waktu dengan makhluk hidup yang bisa mematikan.



kbai

Saturday 20 July 2013

Guru,Doktor & Ahli Sukan

yang sorang campak kepala babi khinzir depan surau

yang dua worang lagi upload poster selamat berbuka sambil tangan pegang biskut bah kut teh siap logo halal Jakim.

nah..
satu lagi isu perkauman berjaya dibangkitkan.

maka berpusu pusulah makian cacian dari bangsa lain.

pantang nampak bangsa tu, mulalah rasa nak hentak dengan kerusi meja segala.
alasannya.

"ahh semua bangsa tu sama!tak guna,tak sedar diri menumpang tanah orang"

maka keluarlah statement
"halau saja bangsa tu keluar dari Malaysia!sebab dioranglah bangsa aku tak maju!"

betul.
yang salah tu memang patut dihukum. memang patut pun,membangkitkan kemarahan mencetuskan isu agama.

tapi yang salah tu salah lah..bukan semua diorang perangai camtuh.



tapi sedar tak kita??

yang mengajar anak anak di sekolah tu,bangsa kita saja ke?

yang merawat keluarga kita kat hospital tu, bangsa kita saja ke?

yang membantu kita menang emas dalam sukan tu, bangsa kita saja ke?


hangpa pikiaq la sendirik nooooo....







kbai


Wednesday 17 July 2013

itu ini begitu begini

guwa paling menyampah bila sesetengah orang suka banding bandingkan guwa ngan orang orang lain. hello,kalo guwa tak leh buat camana orang yang kau sanjung tuh wat,berkawan jekla ngan diorang,wat apa kawan ngan guwa yang tak reti apa apa nih?

guwa special sket, bukan cam orang lain. nama guwa amadjedi.guwa ok.kahkah!!






kbai

Monday 1 July 2013

kerja macam nak mati

guwa percaya dengan konsep kerja keras walaupun ada yang cakap 'work smart not work hard'.

Mungkin ada orang yang work smart dan berjaya, tapi guwa percaya semua orang yang berjaya adalah terdiri daripada golongan yang bekerja keras.


ramai yang cakap dia ni work smart tu pesen cakap jek, kerjanya tak jalan jugak.

k, tu jek guwa nak cakap





kbai


3 benda

ingat ini wahai manusia semua, ada 3 perkara yang boleh mengelakkan daripada terjadinya pergaduhan di kalangan kita sesama manusia.

1. hahahaha....
2. Lol
3. :-)

Ingat tuh!






kbai

Monday 24 June 2013

Tahukah anda?

Pelusuk dunia manapun kita berada

Jauh benua mana pun jarak kita

Tahukah kamu?

Kita tetap memandang bulan yang sama

Sinar yang sama

Cuma warna yang berbeza

Kerana

Kat rengit ni bulan kaler merah woi,sebab jerebu barangkali

Kau hado?kahkahkah




Kbai