Thursday 30 May 2013

andai katalah

hi

jum kita main teka teki nak??

guwa mula dulu.

andai kata Bung Mokhtar dikurniakan 3 orang anak, bila besar anak-anak dia nak tubuhkan sebuah band muzik, cuba teka nama band apa diorang letak??
.
.
.
.
.
.
.
.
jawapannya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BUNGface!!

ok guwa tau tak kelakar.





kbai

Wednesday 29 May 2013

entry sumpah bosan gila

soalan: camana nak masukkan gajah dalam peti ais?

jawapan: bukak pintu peti ais, masukkan gajah. tutup pintu peti ais.

soalan: camana nak masukkan zirafah dalam peti ais?

jawapan: bukak pintu peti ais, keluarkan gajah, masukkan zirafah, tutup pintu peti ais

soalan: tarzan nak wat meeting ngan suma binatang, bila dia panggil semua binatang,ada sekor binatang tak datang.binatang apa tu?

jawapan: zirafah, sebab dia ada dalam peti ais.

P/s : amacam?bosan tak?kan guwa da cakap memang bosan.tapi sapa yang tak tau lagi teka teki ni memang koman gila!kakakaka


kbai



bukan saya!

Perlawanan ditunda bukan salah saya - Kucing

Pahang - Seekor kucing yang kelihatan di padang Stadium Darul Makmur tadi menafikan beliau merupakan punca perlawanan terpaksa ditunda.

" Memang guwa di tempat kejadian, tapi guwa cuma melepaskan hajat, dah hujung-hujung bro, nak wat cemana, betul tak??"katanya sambil meluahkan perasaan kecewa.

" Guwa nampak terang-terang ada balingan objek dari luar stadium, guwa rasa itu la punca sebenar perlawanan terpaksa dibatalkan."tambahnya lagi.

Berita selanjutnya akan dipaparkan di mukasurat 20 Hairan Metros esok pagi - sumber Rauterss




kbai

Tuesday 28 May 2013

tapi,kau bukan bulan


Jika bulan punya jantina,

Aku pasti ia perempuan,

Kala siang ia menghilang,

Bila malam tersipu-sipu,

Malu dalam diam,

Tak mahu ada yang memandang.



segankah dia??




kbai

angan

wanita singgit : Kau mahu ke mana?

Amad : Bulan.

Wanita Singgit : Berjalan kaki?

Amad : *geleng kepala*

Wanita Singgit : roket??

Amad : Juga bukan. Pakai angan-angan, dan awan. Awan itu sudah menunggu. Aku pergi dulu!



*sayang, dia sudah lama rasanya tidak memandang bulan..





kbai


Friday 24 May 2013

cuba kira bintang

Wanita Singgit : apa pendapat awak tentang cinta kita?

Amad : Cuba kira bintang di langit, dari situ kau akan tahu.

Wanita Singgit : Wah, cinta yang tak terkira ek?

Amad : Taklah, buang masa...

.......lalu Amad berlalu pergi sambil ketawa riang.



kbai

Wednesday 22 May 2013

Orang Kata, Orang Cakap

Orang kata, bukak kedai baju boleh jadi kaya raya,

Orang cakap,bukan kedai gunting rambut masyuk.

Orang ni pulak kata, jual insuran la! tiap-tiap bulan naik gaji.

Orang tu pulak cakap, bukak printing lah. kurang-kurang 100 ribu tiap-tiap bulan.

Tapi sebenarnya, kita buat apa yang kita tahu dan seronok, lama-lama kaya la..

Otak tu yang kena kreatif sikit. Tak payah nak ikot orang buat itu ini.

Tak semua orang sama fikirannya.

Kalau semua orang sama, bosan gila dunia ni!





kbai

Menyesal

Jangan menyesal kalau apa yang kita buat tak berjaya

Cuba lagi.

Calau tak berjaya jugak,jangan menyesal.

Cuba buat benda lain pulak.

Pasti kejayaan akan datang kelak.

Cuba lagi.

Jangan menyesal.




kbai

robek

sekalipun dirobek keluar hati ini.

untuk aku hidup tanpanya.

sakit ini.

tak akan hilang.




kbai

Tuesday 21 May 2013

Ada

Entah kenapa.

Entah darimana.

Memori tu tiba-tiba datang.

Entah mengapa.

Entah bagaimana.

Tiba-tiba sahaja.

Kau ada.



kbai

mati

Aku taknak mati.

Sebab aku tahu.

Kau suka.

Kau nak tengok.

Aku mati.




kbai

hanya seringgit

Wanita itu ingin meninggalkan Amad.

Mak saya tak suka awak, kata wanita itu.

Amad hulur RM1 kepada wanita itu.

Untuk apa? Tanya wanita itu kehairanan.

Bayaran untuk kau yang sanggup temani aku selama ini. Jawap Amad.




kbai


Cerita tadi malam

hari ni guwa g makan steamboat ngan kengkawan guwa.

mula-mula guwa malas,tapi lepas termakan pujukan akhirnya tertewas jugak guwa.ceh.

abes melantak,kaw kaw punya melantak,trus kitorang gerak balik.

tidak seperti biasa,arini kawan guwa kena dera drive keta sampai rumah.kakakaka padan muka.

Dalam perjalanan,kitorang borak-borak sambil ditemani radio Suria FM.

Sampai kat tol nak bayar duit tol,guwa slowkan volume radio keta guwa.

Bukan pasal nak dengar apa orang tol tu cakap...tapi....

guwa takut...

takut apa??

Gila apa kang orang tol tu dengar guwa layan Suria Cinta bersama DJ Lin!

jatuh saham guwa oi!

begitulah cerita guwa g makan steamboat tadi malam.

kakakakakaka




kbai


Makan Angin

kat negara kita ni ada banyak jenis pulau, Tioman, Pangkor, Langkawi dan juga Pulau Pinang.

Kita juga ada negeri Melaka Bandaraya Bersejarah , Kemeren Hailen, Genting Hailen kalo nak g makan angin.

Kita juga ada Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Taiping dan Taman Tasik Y(Batu Pahat).

ada beribu lagi tempat.

Tapi pakcik...

Kenapa pakcik makan angin naik moto kat tengah-tengah jalan??

Why pakcik why????




kbai

Monday 20 May 2013

Makhluk yang direjam

Setan ni boleh menjelma dalam pelbagai rupa.


Pada awal sejarah terciptanya manusia,kita tahu yang syaitan nih dah menjelma sebagai ular dan menggoda Hawa memakan buah khuldi.


Dan sejak kedewasaan ini,syaitan dah menjadi semakin canggih.


Syaitan skarang ni dah menjelma sebagai kedai perabot Ikea.



kbai


sewel

guwa terjaga dari tidur dan cuba mengingati apa yang guwa dah buat semenjak 3 tahun lepas.

demi nafas yang guwa hirup, sumpah guwa tak ingat apa-apa.

atau mungkin, memang guwa langsung tak buat apa-apa.




kbai

banyak mana?

kau sayangkan aku? Tanya Amad.

Sayang,jawap wanita itu.

Banyak mana? Tanya Amad lagi.

Sebanyak Nabi sayangkan umatnya. Jawap wanita itu.

Tapi Nabi tak pernah curang,sayang. Balas Amad. Lalu Amad berlalu pergi.



kbai


Sunday 19 May 2013

baca doa sebelum tidur

izinkan guwa pejamkan mata sebentar.
untuk melepaskan segala lelah.
melupakan segala kisah.
memuatkan segala memori indah.



kbai

Abah guwa pernah bilang

abah guwa habaq,
takda menda yang mahal dalam dunia ni,
cuma kita yang tak mampu beli.


kbai

Saturday 18 May 2013

Autobiografi


Hi,nama guwa setaben.guwa ni kiranya kawan baik si amadjedi la skang.ble kata ke mana dia pegi slalu dia usung guwa.cuma g jamban jek guwa tak bran nak polow.guwa bukan gay.guwa ok.lu orang jangan jeles aaaaa


Kbai

Tuesday 14 May 2013

kenapa bergaduh?

kenapa bergaduh?
darah kita sama merahnya,
sama pekatnya,
kenapa bertelagah??
kita semua menghirup angin yang sama,
berpijak di bumi yang sama,

kenapa bergaduh???

Thursday 9 May 2013

derhakakah aku?

terima kasih kerana melahirkanku
terima kasih bersusah payah membesarkanku
terima kasih untuk makan serta pakaiku
terima kasih kerana mencukupkan keperluan ku.
terima kasih di atas garangmu.
kerana cubitan dan rotanmu,aku bisa menjadi manusia seperti sekarang

terima kasih mak.
selamat hari lahir,mak. (8 Mei )
maaflah anakmu terlewat memberi ucapan.*sumpah taun ni terlupa!!
dan,
selamat hari mak,mak.

p/s :khas untuk mak guwa,Rokiah bt Shafie.


kbai

lucky

hati yang sepi itu lebih bertuah berbanding.....
hati yang terluka,tetapi kurang bertuah berbanding.....
hati yang sedang mekar berbunga

kbai

Tuesday 7 May 2013

selagi masih hidup

selagi langit belum runtuh
selagi sang mentari timbulnya masih ufuk timur
selagi Al Quran belum diangkat dari manusia
berdoalah,
mengadulah,
meminta mintalah,

jadi manusia jangan nak sombong sangat


kbai

Monday 6 May 2013

entri ini tiada unsur perkauman.percayalah

mari kita bayangkan satu situasi

*ok pejam mata 5 saat dan cuba bayangkan

situasinya begini

tiba tiba malaysia merupakan sebuah negara yang hanya dihuni oleh rakyat berbangsa melayu..tiada cina,tiada india.dan tiada juga agama lain selain dari Islam.mereka telah dihalau keluar dari malaysia kerana terdapat bukti bukti yang menunjukkan mereka telah merancang secara senyap senyap untuk menjatuhkan kerajaan malaysia dan orang melayu dan ingin memerintah orang melayu di malaysia.
buruh buruh dari negara negara lain seperti indonesia,bangladesh,nepal dan vietnam juga telah diarahkan keluar,kerana disyaki telah diupah sebagai pengundi hantu semasa pilihanraya sebelumnya.

yang tinggal kini hanyalah bangsa melayu sahaja,termasuklah kaum lain seperti iban,dusun,kadazan dan lain lain di negeri sabah dan sarawak.Islam tetap menjadi agama rasmi.kecuali kaum di sabah sarawak yang ada agama masing masing.

maka hiduplah melayu dalam keadaan yang aman tenteram lagi bahagia kerana tiada lagi ancaman daripada bangsa bangsa lain.tiada lagi penindasan dari bangsa bangsa lain.peluang pekerjaan pon terbuka luas seluas luasnya untuk bangsa melayu tadi.

ada yang menjadi tauke kedai emas,ada yang menjadi pemilik syarikat penerbangan,syarikat telekomunikasi,dan sebagainya,yang mana sebelum ini dikuasai oleh bangsa lain.masing masing berebut rebut untuk memegang jawatan yang besar besar.tetapi mereka terlupa,kalau semua mahukan kerja yang hebat hebat,siapa yang nak kerja di kilang?siapa yang nak jadi buruh?siapa yang nak menoreh getah di estet estet peninggalan Ismet Ulam Raja?

maka berbalahlah sesama mereka kerana semua melayu mahukan kerja yang hebat hebat.tiada yang mahu menjadi buruh di tempat tanah tumpah sendiri.tak style katanya."muka guwa hensem camni takkan nak keja kilang kot bro?"kata seorang jejaka yang namanya tak mahu dikenali.


bersambung...




Sunday 5 May 2013

Ini Harilah

sapa pon hangpa
kat mana pon hangpa
inilah harinya
jalankan tanggungjawap sebaiknya
pilih dengan bijak
bukan pilih ikot napsu

untuk Malaysia

#selamat mengundi

p/s :guwa tabley mengundi,lambat daftar sebab ic sangkut alamat lama.rugi dah satu undi untuk Malaysia....

kbai

Thursday 2 May 2013

dah seminggu

tekak masih sakit
tekak masih perit
tadi nganga besar besar depan cermin

shit!!

masih merah
masih bengkak
malasnya nak pantang makan pedas
malasnya nak pantang makan minyak
malasnya nak pantang minum ais
sebabnya aku pantang jumpa
bila nak tido,batuk pulak..
urghh....macam nak cabut tekak letak tepi
esok nak pegi keja baru pakai balik

tapi mujur..
mujurlah encik migrain dah lama tak kembali
hampir 2 minggu rasanya
bantuan dari mata ketiga dan ke empat barangkali
tak mengapa
main jauh jauh sana
syuhh syuhh


kbai nak tidoq kbai






hangpa penah dak?

penah dak hangpa terlena,katakan pada jam 12 malam,pastu hangpa mimpi panjang,penuh dengan jalan cerita,kena kejaq anjing la,panjat gunung lah,dan sebagainya,pastu perjalanan mimpi punyala lama.tiba tiba hangpa terjaga,tengok jam,pukoi 12.05 malam.tidoq macam 2 jam,kalo berdasarkan mimpi tersebut lah.padahal 5 minit ja tidoq.penah tak??


misteri kan?

p/s : guwa terlelap tadi masa godek makalele ukulele guwa.kat luaq ngah ujan nih.kla nak sambung tarik selimut.

kbai

fenomenon

dua tiga menjak nih,bila bukak tibi,politik
bukak pesbuk,politik
bukak twitter,politik
bukak youtube,ada adds iklan,politik
bukak seluar nak gi berak(ops,jangan kritik)
yang A tuduh yang B
yang B ceritakan video seluar dalam yang A
yang C?
tepuk tangan goyang kaki.

soalan guwa,
anda semua undi untuk siapa sebenarnya?
kalau semua orang undi untuk Malaysia,
kenapa bergaduh?

kbai