Saturday 7 September 2013

Dua Kupang

Amad dan Afiq sedang berbual di sebuah warung. menceritakan hal hal semasa. konon konon bakal pemimpin rakyat jelata.

"Minyak naik dua kupang,teh tarik pun naik dua kupang,apa nak jadik ngan mesia nih"kata Amad bengang lepas kena bayar air yang diorang minum tadi.

"Lain kali undi la aku,kompom minyak satu dunia turun 20sen."sahut Afiq sambil tangannya tekun membelek Samsung Galaxy Note II yang baru seminggu dibeli di kedai mana tah kat pontian,murah katanya.

"Hang dengan Ghost Rider sama!dua dua bleh duk satu rumah"bentak Amad.

"Apsal?Boleh jadik hero dunia ey?"tanya Afiq penuh bangga.

"Tak,dua dua kuat kencing,kencing berapi"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tuesday 3 September 2013

hidup mati

kadang kadang guwa rasa adalah lebih baik kita meluangkan masa dengan benda mati yang boleh menghidupkan kita,

daripada meluangkan waktu dengan makhluk hidup yang bisa mematikan.



kbai

Saturday 20 July 2013

Guru,Doktor & Ahli Sukan

yang sorang campak kepala babi khinzir depan surau

yang dua worang lagi upload poster selamat berbuka sambil tangan pegang biskut bah kut teh siap logo halal Jakim.

nah..
satu lagi isu perkauman berjaya dibangkitkan.

maka berpusu pusulah makian cacian dari bangsa lain.

pantang nampak bangsa tu, mulalah rasa nak hentak dengan kerusi meja segala.
alasannya.

"ahh semua bangsa tu sama!tak guna,tak sedar diri menumpang tanah orang"

maka keluarlah statement
"halau saja bangsa tu keluar dari Malaysia!sebab dioranglah bangsa aku tak maju!"

betul.
yang salah tu memang patut dihukum. memang patut pun,membangkitkan kemarahan mencetuskan isu agama.

tapi yang salah tu salah lah..bukan semua diorang perangai camtuh.



tapi sedar tak kita??

yang mengajar anak anak di sekolah tu,bangsa kita saja ke?

yang merawat keluarga kita kat hospital tu, bangsa kita saja ke?

yang membantu kita menang emas dalam sukan tu, bangsa kita saja ke?


hangpa pikiaq la sendirik nooooo....







kbai


Wednesday 17 July 2013

itu ini begitu begini

guwa paling menyampah bila sesetengah orang suka banding bandingkan guwa ngan orang orang lain. hello,kalo guwa tak leh buat camana orang yang kau sanjung tuh wat,berkawan jekla ngan diorang,wat apa kawan ngan guwa yang tak reti apa apa nih?

guwa special sket, bukan cam orang lain. nama guwa amadjedi.guwa ok.kahkah!!






kbai

Monday 1 July 2013

kerja macam nak mati

guwa percaya dengan konsep kerja keras walaupun ada yang cakap 'work smart not work hard'.

Mungkin ada orang yang work smart dan berjaya, tapi guwa percaya semua orang yang berjaya adalah terdiri daripada golongan yang bekerja keras.


ramai yang cakap dia ni work smart tu pesen cakap jek, kerjanya tak jalan jugak.

k, tu jek guwa nak cakap





kbai


3 benda

ingat ini wahai manusia semua, ada 3 perkara yang boleh mengelakkan daripada terjadinya pergaduhan di kalangan kita sesama manusia.

1. hahahaha....
2. Lol
3. :-)

Ingat tuh!






kbai

Monday 24 June 2013

Tahukah anda?

Pelusuk dunia manapun kita berada

Jauh benua mana pun jarak kita

Tahukah kamu?

Kita tetap memandang bulan yang sama

Sinar yang sama

Cuma warna yang berbeza

Kerana

Kat rengit ni bulan kaler merah woi,sebab jerebu barangkali

Kau hado?kahkahkah




Kbai

Tuesday 18 June 2013

Kim Jong Kook datang Malaysia??

lu orang penah tak blog walking tengah tengah malam buta, pastu terjumpa belog yang cambest, pastu bila korang baru nak mula baca, sampai baris ke 2, tiba- tiba..

Tenenewwww tenenewww!!~~~~

boleh pulak tetiba ada lagu background, dah tu time tulah lu orang punya lappy dalam keadaan sound yang paling maksima. Menyumpah, ya. Itulah perkara pertama guwa buat bila jadik keadaan camtu. Lepas tu baru nak terkial-kial carik mana datang lagu dari belog tuh.

Sekarang dua kali guwa menyumpah belog tuh ngan tuan dia skali.sebab???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mana button pause lagu kat belog ni lahanatt!!!!!!!!!

sumpahan guwa berakhir bilamana belog dia guwa gantikan ngan youtube.pergi meninggallah dengan lu punya lagu background yang konon-konon Kim Jong Kook sangat tuh.

 P/s: malam ni feel lagu Hujan - Dikala Bulan Bermain Biola sampai pulak.




kbai

tu jek guwa nak

kalau orang tanya guwa nak jadi orang cemana kat dunia ni kalau diberikan peluang??


guwa nak tangan yang lincah macam AG Coco,


guwa nak suara lunak macam Matt Bellamy,


guwa nak mata guwa boleh melihat macam Anastasia Volkova,


guwa nak kepalaotak guwa puitis dan kretip macam Kokping atau yang berseni macam Mat Luthfi,


Tu jek guwa nak.




kbai

Tuesday 11 June 2013

Awek tiga bulan



Guwa dulu penah ada cita cita nak ada awek yang nak mati lagi tiga bulan.

Supaya guwa boleh jaga dia sampai hujung nyawa dia.

Guwa nak taw cemana rasa dia.

Bulan pertama guwa nak ajak dia pusing dunia.

Bulan kedua guwa nak ajak dia buat menda yang dia teringin buat.

Bulan ketiga guwa nak belajar terima yang dia bakal takde.

Hari pertama bulan keempat, awek tu da takde...

Agak agak cemana guwa rasa aritu eh?

Mesti guwa sedih gila.

Tapi.

Cukuplah tiga bulan.

Guwa hepi, dia hepi.

Jadi, guwa akan ingat tiga bulan tu sampai guwa plak mati.

Kan?

Isy, fikir hal tu pon guwa da sedih,

Kalau bebetol tah cemana rasa dia eh.

Masalahnya, ada ke awek yang lagi tiga bulan nak mati nih?




Kbai

Thursday 30 May 2013

andai katalah

hi

jum kita main teka teki nak??

guwa mula dulu.

andai kata Bung Mokhtar dikurniakan 3 orang anak, bila besar anak-anak dia nak tubuhkan sebuah band muzik, cuba teka nama band apa diorang letak??
.
.
.
.
.
.
.
.
jawapannya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BUNGface!!

ok guwa tau tak kelakar.





kbai

Wednesday 29 May 2013

entry sumpah bosan gila

soalan: camana nak masukkan gajah dalam peti ais?

jawapan: bukak pintu peti ais, masukkan gajah. tutup pintu peti ais.

soalan: camana nak masukkan zirafah dalam peti ais?

jawapan: bukak pintu peti ais, keluarkan gajah, masukkan zirafah, tutup pintu peti ais

soalan: tarzan nak wat meeting ngan suma binatang, bila dia panggil semua binatang,ada sekor binatang tak datang.binatang apa tu?

jawapan: zirafah, sebab dia ada dalam peti ais.

P/s : amacam?bosan tak?kan guwa da cakap memang bosan.tapi sapa yang tak tau lagi teka teki ni memang koman gila!kakakaka


kbai



bukan saya!

Perlawanan ditunda bukan salah saya - Kucing

Pahang - Seekor kucing yang kelihatan di padang Stadium Darul Makmur tadi menafikan beliau merupakan punca perlawanan terpaksa ditunda.

" Memang guwa di tempat kejadian, tapi guwa cuma melepaskan hajat, dah hujung-hujung bro, nak wat cemana, betul tak??"katanya sambil meluahkan perasaan kecewa.

" Guwa nampak terang-terang ada balingan objek dari luar stadium, guwa rasa itu la punca sebenar perlawanan terpaksa dibatalkan."tambahnya lagi.

Berita selanjutnya akan dipaparkan di mukasurat 20 Hairan Metros esok pagi - sumber Rauterss




kbai

Tuesday 28 May 2013

tapi,kau bukan bulan


Jika bulan punya jantina,

Aku pasti ia perempuan,

Kala siang ia menghilang,

Bila malam tersipu-sipu,

Malu dalam diam,

Tak mahu ada yang memandang.



segankah dia??




kbai

angan

wanita singgit : Kau mahu ke mana?

Amad : Bulan.

Wanita Singgit : Berjalan kaki?

Amad : *geleng kepala*

Wanita Singgit : roket??

Amad : Juga bukan. Pakai angan-angan, dan awan. Awan itu sudah menunggu. Aku pergi dulu!



*sayang, dia sudah lama rasanya tidak memandang bulan..





kbai


Friday 24 May 2013

cuba kira bintang

Wanita Singgit : apa pendapat awak tentang cinta kita?

Amad : Cuba kira bintang di langit, dari situ kau akan tahu.

Wanita Singgit : Wah, cinta yang tak terkira ek?

Amad : Taklah, buang masa...

.......lalu Amad berlalu pergi sambil ketawa riang.



kbai

Wednesday 22 May 2013

Orang Kata, Orang Cakap

Orang kata, bukak kedai baju boleh jadi kaya raya,

Orang cakap,bukan kedai gunting rambut masyuk.

Orang ni pulak kata, jual insuran la! tiap-tiap bulan naik gaji.

Orang tu pulak cakap, bukak printing lah. kurang-kurang 100 ribu tiap-tiap bulan.

Tapi sebenarnya, kita buat apa yang kita tahu dan seronok, lama-lama kaya la..

Otak tu yang kena kreatif sikit. Tak payah nak ikot orang buat itu ini.

Tak semua orang sama fikirannya.

Kalau semua orang sama, bosan gila dunia ni!





kbai

Menyesal

Jangan menyesal kalau apa yang kita buat tak berjaya

Cuba lagi.

Calau tak berjaya jugak,jangan menyesal.

Cuba buat benda lain pulak.

Pasti kejayaan akan datang kelak.

Cuba lagi.

Jangan menyesal.




kbai

robek

sekalipun dirobek keluar hati ini.

untuk aku hidup tanpanya.

sakit ini.

tak akan hilang.




kbai

Tuesday 21 May 2013

Ada

Entah kenapa.

Entah darimana.

Memori tu tiba-tiba datang.

Entah mengapa.

Entah bagaimana.

Tiba-tiba sahaja.

Kau ada.



kbai

mati

Aku taknak mati.

Sebab aku tahu.

Kau suka.

Kau nak tengok.

Aku mati.




kbai

hanya seringgit

Wanita itu ingin meninggalkan Amad.

Mak saya tak suka awak, kata wanita itu.

Amad hulur RM1 kepada wanita itu.

Untuk apa? Tanya wanita itu kehairanan.

Bayaran untuk kau yang sanggup temani aku selama ini. Jawap Amad.




kbai


Cerita tadi malam

hari ni guwa g makan steamboat ngan kengkawan guwa.

mula-mula guwa malas,tapi lepas termakan pujukan akhirnya tertewas jugak guwa.ceh.

abes melantak,kaw kaw punya melantak,trus kitorang gerak balik.

tidak seperti biasa,arini kawan guwa kena dera drive keta sampai rumah.kakakaka padan muka.

Dalam perjalanan,kitorang borak-borak sambil ditemani radio Suria FM.

Sampai kat tol nak bayar duit tol,guwa slowkan volume radio keta guwa.

Bukan pasal nak dengar apa orang tol tu cakap...tapi....

guwa takut...

takut apa??

Gila apa kang orang tol tu dengar guwa layan Suria Cinta bersama DJ Lin!

jatuh saham guwa oi!

begitulah cerita guwa g makan steamboat tadi malam.

kakakakakaka




kbai


Makan Angin

kat negara kita ni ada banyak jenis pulau, Tioman, Pangkor, Langkawi dan juga Pulau Pinang.

Kita juga ada negeri Melaka Bandaraya Bersejarah , Kemeren Hailen, Genting Hailen kalo nak g makan angin.

Kita juga ada Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Taiping dan Taman Tasik Y(Batu Pahat).

ada beribu lagi tempat.

Tapi pakcik...

Kenapa pakcik makan angin naik moto kat tengah-tengah jalan??

Why pakcik why????




kbai

Monday 20 May 2013

Makhluk yang direjam

Setan ni boleh menjelma dalam pelbagai rupa.


Pada awal sejarah terciptanya manusia,kita tahu yang syaitan nih dah menjelma sebagai ular dan menggoda Hawa memakan buah khuldi.


Dan sejak kedewasaan ini,syaitan dah menjadi semakin canggih.


Syaitan skarang ni dah menjelma sebagai kedai perabot Ikea.



kbai


sewel

guwa terjaga dari tidur dan cuba mengingati apa yang guwa dah buat semenjak 3 tahun lepas.

demi nafas yang guwa hirup, sumpah guwa tak ingat apa-apa.

atau mungkin, memang guwa langsung tak buat apa-apa.




kbai

banyak mana?

kau sayangkan aku? Tanya Amad.

Sayang,jawap wanita itu.

Banyak mana? Tanya Amad lagi.

Sebanyak Nabi sayangkan umatnya. Jawap wanita itu.

Tapi Nabi tak pernah curang,sayang. Balas Amad. Lalu Amad berlalu pergi.



kbai


Sunday 19 May 2013

baca doa sebelum tidur

izinkan guwa pejamkan mata sebentar.
untuk melepaskan segala lelah.
melupakan segala kisah.
memuatkan segala memori indah.



kbai

Abah guwa pernah bilang

abah guwa habaq,
takda menda yang mahal dalam dunia ni,
cuma kita yang tak mampu beli.


kbai

Saturday 18 May 2013

Autobiografi


Hi,nama guwa setaben.guwa ni kiranya kawan baik si amadjedi la skang.ble kata ke mana dia pegi slalu dia usung guwa.cuma g jamban jek guwa tak bran nak polow.guwa bukan gay.guwa ok.lu orang jangan jeles aaaaa


Kbai

Tuesday 14 May 2013

kenapa bergaduh?

kenapa bergaduh?
darah kita sama merahnya,
sama pekatnya,
kenapa bertelagah??
kita semua menghirup angin yang sama,
berpijak di bumi yang sama,

kenapa bergaduh???

Thursday 9 May 2013

derhakakah aku?

terima kasih kerana melahirkanku
terima kasih bersusah payah membesarkanku
terima kasih untuk makan serta pakaiku
terima kasih kerana mencukupkan keperluan ku.
terima kasih di atas garangmu.
kerana cubitan dan rotanmu,aku bisa menjadi manusia seperti sekarang

terima kasih mak.
selamat hari lahir,mak. (8 Mei )
maaflah anakmu terlewat memberi ucapan.*sumpah taun ni terlupa!!
dan,
selamat hari mak,mak.

p/s :khas untuk mak guwa,Rokiah bt Shafie.


kbai

lucky

hati yang sepi itu lebih bertuah berbanding.....
hati yang terluka,tetapi kurang bertuah berbanding.....
hati yang sedang mekar berbunga

kbai

Tuesday 7 May 2013

selagi masih hidup

selagi langit belum runtuh
selagi sang mentari timbulnya masih ufuk timur
selagi Al Quran belum diangkat dari manusia
berdoalah,
mengadulah,
meminta mintalah,

jadi manusia jangan nak sombong sangat


kbai

Monday 6 May 2013

entri ini tiada unsur perkauman.percayalah

mari kita bayangkan satu situasi

*ok pejam mata 5 saat dan cuba bayangkan

situasinya begini

tiba tiba malaysia merupakan sebuah negara yang hanya dihuni oleh rakyat berbangsa melayu..tiada cina,tiada india.dan tiada juga agama lain selain dari Islam.mereka telah dihalau keluar dari malaysia kerana terdapat bukti bukti yang menunjukkan mereka telah merancang secara senyap senyap untuk menjatuhkan kerajaan malaysia dan orang melayu dan ingin memerintah orang melayu di malaysia.
buruh buruh dari negara negara lain seperti indonesia,bangladesh,nepal dan vietnam juga telah diarahkan keluar,kerana disyaki telah diupah sebagai pengundi hantu semasa pilihanraya sebelumnya.

yang tinggal kini hanyalah bangsa melayu sahaja,termasuklah kaum lain seperti iban,dusun,kadazan dan lain lain di negeri sabah dan sarawak.Islam tetap menjadi agama rasmi.kecuali kaum di sabah sarawak yang ada agama masing masing.

maka hiduplah melayu dalam keadaan yang aman tenteram lagi bahagia kerana tiada lagi ancaman daripada bangsa bangsa lain.tiada lagi penindasan dari bangsa bangsa lain.peluang pekerjaan pon terbuka luas seluas luasnya untuk bangsa melayu tadi.

ada yang menjadi tauke kedai emas,ada yang menjadi pemilik syarikat penerbangan,syarikat telekomunikasi,dan sebagainya,yang mana sebelum ini dikuasai oleh bangsa lain.masing masing berebut rebut untuk memegang jawatan yang besar besar.tetapi mereka terlupa,kalau semua mahukan kerja yang hebat hebat,siapa yang nak kerja di kilang?siapa yang nak jadi buruh?siapa yang nak menoreh getah di estet estet peninggalan Ismet Ulam Raja?

maka berbalahlah sesama mereka kerana semua melayu mahukan kerja yang hebat hebat.tiada yang mahu menjadi buruh di tempat tanah tumpah sendiri.tak style katanya."muka guwa hensem camni takkan nak keja kilang kot bro?"kata seorang jejaka yang namanya tak mahu dikenali.


bersambung...




Sunday 5 May 2013

Ini Harilah

sapa pon hangpa
kat mana pon hangpa
inilah harinya
jalankan tanggungjawap sebaiknya
pilih dengan bijak
bukan pilih ikot napsu

untuk Malaysia

#selamat mengundi

p/s :guwa tabley mengundi,lambat daftar sebab ic sangkut alamat lama.rugi dah satu undi untuk Malaysia....

kbai

Thursday 2 May 2013

dah seminggu

tekak masih sakit
tekak masih perit
tadi nganga besar besar depan cermin

shit!!

masih merah
masih bengkak
malasnya nak pantang makan pedas
malasnya nak pantang makan minyak
malasnya nak pantang minum ais
sebabnya aku pantang jumpa
bila nak tido,batuk pulak..
urghh....macam nak cabut tekak letak tepi
esok nak pegi keja baru pakai balik

tapi mujur..
mujurlah encik migrain dah lama tak kembali
hampir 2 minggu rasanya
bantuan dari mata ketiga dan ke empat barangkali
tak mengapa
main jauh jauh sana
syuhh syuhh


kbai nak tidoq kbai






hangpa penah dak?

penah dak hangpa terlena,katakan pada jam 12 malam,pastu hangpa mimpi panjang,penuh dengan jalan cerita,kena kejaq anjing la,panjat gunung lah,dan sebagainya,pastu perjalanan mimpi punyala lama.tiba tiba hangpa terjaga,tengok jam,pukoi 12.05 malam.tidoq macam 2 jam,kalo berdasarkan mimpi tersebut lah.padahal 5 minit ja tidoq.penah tak??


misteri kan?

p/s : guwa terlelap tadi masa godek makalele ukulele guwa.kat luaq ngah ujan nih.kla nak sambung tarik selimut.

kbai

fenomenon

dua tiga menjak nih,bila bukak tibi,politik
bukak pesbuk,politik
bukak twitter,politik
bukak youtube,ada adds iklan,politik
bukak seluar nak gi berak(ops,jangan kritik)
yang A tuduh yang B
yang B ceritakan video seluar dalam yang A
yang C?
tepuk tangan goyang kaki.

soalan guwa,
anda semua undi untuk siapa sebenarnya?
kalau semua orang undi untuk Malaysia,
kenapa bergaduh?

kbai

Monday 29 April 2013

unfold

cinta itu ialah bilamana
kau sanggup jadi mata untuk dia melihat
kau sanggup jadi telinga untuk dia mendengar
kau sanggup jadi lidah untuk dia berkata kata
kau sanggup jadi kaki untuk dia berjalan
dan sanggup jadi hati untuk dia rasa kau punya cinta

kbai

Wednesday 24 April 2013

chobaan

hari ni boleh dikatakan hari kurang bernasib baik untuk guwa.pagi pagi bangun tetiba tekak perit.guwa rasa pasal terlebih makan eskrim la semalam,satu gelas eskrim cekelat guwa bantai.pastu teguk 100plus sejuk.pergh!!!nikmat dunia suma tuh.

dan yang kedua!masa balik keja,keta da park cantik kat parking,beg suma dah amek,pintu keta da tutup,seluk poket.....eh???mana kunci umah????fine,kunci ilang,carik kat lab tak jumpa,satu skola pusing tak jumpa.

nasib baik jumpa penyelesaian,selak sliding door yang kebetulan tak berkunci pasal rosak,pancing kunci spare yang jarak 15kaki dari luar pakai batang besi.dekat sejam la usaha baru dapat tarik itu kunci.kalau nak cerita sejam tu guwa buat apa,guwa rasa sampai esok pon tak abes guwa cerita,dan korang pon takkan paham,sampai buddies guwa yang baik hati da standby tebang buluh,bawak hammer ngan gergaji besi nak rompak rumah guwa kalo taktik pancing tadi tak berjaya..hahahaha memang terbaik.

yang akhir skali,skang guwa da rasa cam nak demam plak nih.ubat sakit tekak da makan,actifast da telan,skang guwa nak tido sampai esok.bole?

tak bole pon guwa nak tido gak.

kbai

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Surah At-Tagaabun, ayat 11

takpa,sakit tuh penghapus dosa.terima saja ngan tabah.mungkin hari hari sebelum ni ada dosa yang guwa wat.alhamdulillah :)



Monday 22 April 2013

soalan paling killer!!

bila nak kawen??

bila nak kawen??

bila nak kawen??

soalan ni memang la soalan peberet guwa
soalan paling guwa tunggu tunggu siapa yang nak tanya
soalan paling guwa tak sabar nak jawap
*tangan ke bahu mata ke atas

selalunya jawapan guwa kat orang yang tanya ni berbeza mengikut peringkat umur.
contohnya:

cikgu skolah guwa yang tanya
jawapan guwa:
 akak takda anak pompuan comey comey ke??pass la kat saya,esok gak saya kawen.
jawapan timbal balik yang guwa biasa terima:
akak ni kalau ada,dah lama akak bagi kat kau.tapi anak akak suma laki...camana tuh camana tuh??haaaa...

makcik cleaner skola guwa yang tanya
jawapan guwa:
 akak takda anak pompuan comey comey ke??pass la kat saya,esok gak saya kawen.
jawapan timbal balik yang guwa biasa terima:
ada,tapi da kawen sumanya,kalau single dah lama akak bagi..

kerani skola guwa yang tanya
jawapan guwa:
akak collect la sorang sribu kat skola nih,cukup 30 ribu esok gak saya kawin!
jawapan timbal balik yang guwa biasa terima:
kalau camtu kau amek anak akak yang tingkatan 3 tu jekla.nak??

ok skarang ni guwa nak tanya,baik sangat ke guwa nih sampai suma nak calonkan anak sendiri jadik menantu nih???kahkahkah



kbai

oh ya,kalau ada awek tanya guwa bila nak kawen,guwa akan tanya balik,bila u nak masuk meminang i?bapak i da tanya tuh.

P/s ni untuk buddies guwa si oyarn.ko jangan sebut pasal awek sihir,kang sebulan pegi studio naik bas.lalalalalalalaa.....*hanya guwa dan buddies guwa paham cerita nih

kbai bai baii


warkah buatmu

nyutt nyutt nyutt..
kau datang lagi hari ni
menemani hari hari minggu ku

nyutt nyutt nyutt...
kau tiba lagi hari ni
sekejap kiri sekejap kanan
kadangkala di belakang

bukankah hadirmu sebelum ini cuma esok atau lusa?
tidakkah terlalu awal untukmu mengganggu ku?
oh,mungkin perubahan cuaca bisa mengganggu rutinmu..

nyutt nyutt nyutt....
baiklah aku menyerah
teruskanlah tekadmu mengganggu malamku
terimalah dariku hadiah buatmu..
.
.
.
.
ponstan 500mg 

esok tolong jangan datang lagi ya?

yang benar,
pecinta migraine



kbai

Saturday 20 April 2013

misteri nusantara

penggunaan ..... yang panjang sesungguhnya akan mewujudkan perasaan suspen dan misteri dalam sesuatu ayat.

jangan biarkan hidup anda diselubungi..................................................................................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kak ton....


Thursday 18 April 2013

sila jangan baca kalau ada sakit jantung

baru terbaca entry dia lepas dah lama tak bukak

oh,begitu ceritanya..
maaflah aku bodoh tuduh melulu..
maaflah aku bodoh marah membuta..
maaflah baru tadi sempat baca entry yang dah lama tuh..

oh,begitu ceritanya..
maaflah aku tak tahu...
tapi tak mengapalah,
aku dah tak marah.
marah aku ni sekejap cuma,
kau pun tahu kan?
sekarang kau pun sudah berpunya,
buat apa nak kenang perkara lama,kan?
jaga baik-baik hatinya ya?

malam ni aku dah boleh tidur lena..
bismikallahumaayawaamuth

kbai



Trolling of the day

hari ni guwa lepak pusat akses tempat keja guwa,menjadikan ini minggu kedua guwa berkampung kat situ.sebab guwa merajuk malas duk makmal.sebab bila kemas makmal,1 masa budak masuk,pastu budak blah,semak balik macam seminggu tak kemas.jadi guwa nekad untuk merajuk tanak kemas makmal sampai minggu depan.

abes rehat kui 10,guwa pon sambung balik keja hakiki guwa,repair komputer kat pusat akses(hadap pesbuk sebenornye).baru bontot guwa nak jejak kerusi,tiba tiba ada satu student masuk,kelam kabut sungguh nampaknya,meluru ke arah guwa,Wan Mariam namanya.guwa kenal sebab guwa slalu sakat dia(sebab kakak dia comel.hik!).

"hang nak apa wan?"tanya guwa.

"abg,turun makmal jap,internet mozarella x boleh bukak"jerit beliau penuh yakin

"hah?mozarella?nak wat apa tengok menda tu?carik resepi pizza ke?"

"alaa banyak tanya la abg nih,jum turun tengok sendiri la"jerit beliau lagi.

wan ni memang perangai dia kalo cakap tak reti elok2.tak rock katanya kalo lembut sangat.

"yela..japg abg turun"sambungku.

"sekarang!!lembab la abg ni.guru besar kat bawah tu tau tak??"

"yelaaaaa....(alamak puan boss panggil!)


sampai makmal dia pun tunjuk kat komputer dia apa yang dia tak bole bukak.

"yang ni la..dari tadi tak dapat2 bukak..cemana kita nak wat Zoom A?"katanya sambil dahi berkerut kerut.

guwa pon tengok kat tempat yang dia tunjuk tuh......kemudian guwa gelak sambil tepuk dahi bila dia tunjuk logo ni

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













ini namanya mozilla,sayang.....



pagi pagi da kena troll ngan budak tahun 5...  -_-"

kbai



Nakama

buat rakan seperjuanganku sebelum ini
maaf..
perjuanganku kini sudah tidak sama seperti kalian
perjuanganku kini sudah berhenti setakat itu
ada perjuangan lain yang perlu aku teruskan
bukan kerana berputus asa
bukan kerana kecewa 
tapi kerana ada perjuangan lain yang perlu diteruskan
ada perjuangan lain yang perlu aku perjuangkan

sering aku perhatikan
bukan seorang dua
ramai sahabat kita yang terkorban di pertengahan jalan
masing masing dengan alasan masing masing
akan tetapi
itu bukan alasan aku untuk menghentikan perjuangan ini
bukan..

aku tahu,ini perjuangan harmoni.
ini perjuangan demi periuk nasi sendiri
ini perjuangan demi keluarga sendiri
ini perjuangan demi kocek sendiri

aku tidak menyalahkan sesiapa
sama ada orang yang menarikku untuk berjuang bersama
ataupun rakan seperjuangan yang dulunya berjanji sehidup semati
namun mengalah sebelum berjuang
mungkin tiada atau paling tidak kurang keberkatan dalam perjuangan ini barangkali?

maafkan aku sahabat
perjuanganku yang dulu kini sudah berhenti setakat itu
mungkin tahajjud ku telah dijawap olehNya
mungkin ini perjuanganku yang sebenar benarnya.
dan aku amat berharap
hubungan persahabatan kita tidak berhenti di sini..
semoga hingga ke firdaus hendaknya
moga moga ya?

jangan pula kerana aku berhenti di sini,kalian semua memulaukan aku
jangan
kerana tanpa kalian aku kaku
tanpa kalian aku tiada tempat meluahkan perasaan sedihku
tanpa kalian aku tiada tempat meluahkan perasaan gembiraku
tanpa kalian aku tiada tempat meluahkan perasaan marahku
tanpa kalian....
aku mati..


p/s : bila agaknya guwa nak bagi puisi(puisi ke?berterabur aku baca!)ni kat member guwa nih eh...

kbai


p/s/s:oh ya nakama ni maksudnya sahabat/kawan.bahasa jepunnya nakama.haha(pengaruh anime)





Kenangan lama mengusik jiwa

dulu guwa ada sorang awek,fatimah nama dia..lawa.memang lawa betul dia tuh.berdarah kacukan la katakan.pan-asian kalo orang skarang ni panggil.malayu-scottish.umur kitorang bley tahan jarak jauh gak.5 tahun tu lebih muda dari guwa.

ada gak dengar orang cakap,kami tak padan pasal jarak umo jauh la,apa la,tapi guwa peduli apa orang kata,baju renyuk tak apa,asal pakai selesa,berkilau tak bermakna,kalau hati tak ada.ok,apa kejadah plak guwa nyanyi lagu fynn jamal 150 juta kat sini??

okok,berbalik kepada cerita utama guwa tadi,memang ramai yang cemburukan hubungan guwa ngan si fatimah tadi,guwa rilek jek balas,hello!!tengok datuk Ct Nurhalijah ngn abang K(bukan nama sebenar) beza umo diorang bapa punya banyak?ha lagi satu,fenomena skang nih,Cik Ta ngn abam Zain tuh.slamber jek.dan banyak lagi contoh contoh lain.aichewah.guwa ni kalo bab membantah memang nambot 1.

berbalik kepada awek guwa si Fatimah ni tadi,agak lama gak la guwa berkawan ngan dia,sampai la satu hari menyuarakan hasratnya.bukan hasrat untuk masuk meminang guwa ye?bukan.tapi satu hasrat yang membuatkan guwa tak tido 3 malam memikirkan masalah nih.

hasrat untuk menceburi bidang peragaan dan lakonan.model & pelakon lah senang cerita.

waduhh gawat nih.guwa dapat bajet dah,kalau dia terjun dalam bidang tuh,kompom guwa kena tinggal punya.iyela muka guwa ni iras iras farid kamil jek.orang la kata,bukan guwa eh?abes kang kalo dia kena berlakon ngan abang ketak Aaron ajis tuh?(juga bukan nama sebenar)tak ke guwa ditinggalkan terkapai - kapai menanti buah yang tak gugur?haisyyyyyy...

tapi kerana mengenangkan masa depan dia,guwa akhirnya akur,guwa berserah.dengan lafas bismillah guwa izinkan.walaupun guwa tahu dia mesti akan lupakan guwa lepas dia da glemer nanti.guwa pasrah....

kahkahkah cukup la tuh.tak sampai hati plak guwa nak tipu korang lama lama!cerita ni dongeng dan tahyul semata mata nak hilangkan boring takda keja ari nih!


kbai

Ps:oh ya,nak tau ke sapa si Fatimah tuh??klik kat sini







khas untuk sang mata empat (kadang kadang)

hai si mata yang rabun

awak bizi ke?

tutup la mata tu pliss...

supaya esok tak tersadar pukul 8.02pagi seperti kelmarin

nanti susah guwa nak bagi alasan kat puan guru besor

pliss...

tolong la ngantuk..

guwa janji guwa usaha mimpi manis ini malam

esok kita sambung lagi eyh?

tolong la pejam...

tik..tok..tik..tok...

bismikallahumaayawaamuth



kbai

Biar mengaduh sampai gaduh





Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar Bosan
Aku dengan penat,Dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai, biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?

bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika kusendir

P/s: bagi la can guwa berjiwang malam ni eh?da lama sangat dah tak berjiwang ni.plisss....

kbai

Tuesday 16 April 2013

Membaca amalan mulia

     Malam yang sunyi ini ketika suhunya kurang baik.Tak sejuk seperti bulan bulan lalu walaupon kesunyian dan ketenangannya sama.guwa masih tekun membaca manga Air Gear online nih.Tiba tiba teringat bebelan buddy pompuan guwa kat setudio tadi"amadjedi ni bila tah nak apdet belog!bila bukak jek takde apdet baru".okla okla guwa apdet la nih...haisssss

     Tapi guwa tak faham la bila nak masuk perenggan kedua nih mata guwa tiba tiba mengantuk.betul punya mengantuk nih!

kbai

Sunday 14 April 2013

Halal ke?haram ke?



"Assalamualaikum..pengumuman untuk semua, sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK! nama syarikat itu adalah MONARCH BEVERAGE. . tolong sebar2kan pada semua dan berhenti membelinya..
Untuk kebaikan bersama-----> 1 SHARE utk 1 ORANG"

begitu petikan yang guwa terbaca tadi kat wall pesbuk guwa.dan rata rata yang like dan komen akan terus berkata begini:

"OMG!betul ke ni??ni minuman feberet i tau dulu.kena boikot la macam ni..hurm...."
"ha??nasib kite x minum air cenggini..banyak gak makanan minuman yang kite hati hati skarang ni"

dan ada pulak suara suara nakal berkata:
"ini semua salah Pakatan rakyat!sapa setuju klik like!"
kahkah yang ni sumpah krik...krik...

dan ada la dua tiga lagi iklan halal haram yang ditempek kat wall pesbuk nih umpama pasir bertaburan di tepi laut.dan macam biasa banyak lah spekulasi spekulasi dari insan insan ini.ada yang kata boleh,ada yang kata tak.

persoalannya sekarang ni,sebelum ditampal di wall tuh.adakah diselidik dahulu sebelum korang share jek?rajin rajin la tangan tu search kat google...bukannya hanya tahu tekan button share jek..

tengok dulu dari jakim,halal ke idak.banyak kot sumber dari encik google nih.

p/s:jawapan dari persoalan di atas:

ini ialah syarikat yang membuat air Kickapoo tuh
http://www.monarchbeverages.com

dan ini ialah syarikat yang dikatakan pengeluar kickapoo tersebut
http://www.monarch-beverage.com/default2.aspx

so sendiri ingat la eh.lain kali kaji dulu,bukan share melulu.pernah dengar tak ada satu teknologi internet yang dipanggil google?heheh...

tak paham jugak?? camnila ceritanya
analoginya macam ada dua orang kevin, sorang memang sara diri dia dengan berjudi, sorang lagi jual kasut. janganlah dipalitkan kevin kedua dengan kerja kevin pertama, walaupun kedua-duanya nama sama.

p/s/s:bukan suma orang camtu.sesetengahnya saja,diulangi.sesetengah sahaja...

kbai



Monday 8 April 2013

Keyboard Warrior

dah jadik macam fenomena plak skarang ni,bila ada post2 berkaitan keagamaan,politik.pasti ada segelintir hamba hamba laman sosial yang tiba tiba menjadi fasih dan lancar dalam setiap komen yang ada.

yang peliknya,tiba tiba tulah,segala isi perut google serta hadis hadis sahih dan tidak sahih dikeluarkan.walhal sebelum tu,haram nak baca untuk diri sendiri pon idak.semuanya untuk kepuasan diri masing masing serta mahu dianggap bijak pandai oleh orang lain.

tidaklah dimaksudkan di sini semua orang sebegitu.sesetengahnya sahaja..DIULANGI.sesetengah..

mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk bersikap begitu.kononnya"eh saya berkata begini untuk mengingatkan kita sesama Islam"dan pada masa ini alasan AGAMA digunakan sebagai alasan yang kukuh.

benar,menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam menasihati satu sama lain,ke arah kebaikan.tapi kalau komen yang dilontarkan tu dilihat menjatuhkan maruah,memerli,mencaci,mengeji,bukankah da jadi haram namanya?

dan apabila kita menegur tentang cara tegurannya,alasan seperti di atas digunakan.maka bertebaranlah hasil hasil copy & paste dari mr google ditampal sebagai balasan.

bukan mahu membela pihak pihak tertentu,kalau niat untuk menegur tuh,tegurlah dengan cara yang sopan,bukan memerli atau memberi maki.orang yang ditegur pun akan selesa kalau kena dengan caranya.

tidaklah dimaksudkan di sini semua orang sebegitu.sesetengahnya sahaja..DIULANGI.sesetengah..

p/s: guwa taip nih dari hasil luahan perasaan guwa sendiri,bukan copy & paste dari google.

p/s lagi:dan oh ya,guwa lebih suka mengamalkan sikap"lantak p la kat dia"daripada bersikap"la yeke?betoi ka perangai dia camtu??"

kbai


Tuesday 2 April 2013

Laparudin

Petang petang hujan lebat cenggini santapan apa yang wajib dimakan eh?

Ini ialah muqadimah

ok ni belog baru guwa.sebab belog yang lama guwa dah lupa password.oh ya email lama pon guwa lupa.mungkin banyak terminum ayaq perisa semut agaknya..