Monday 8 April 2013

Keyboard Warrior

dah jadik macam fenomena plak skarang ni,bila ada post2 berkaitan keagamaan,politik.pasti ada segelintir hamba hamba laman sosial yang tiba tiba menjadi fasih dan lancar dalam setiap komen yang ada.

yang peliknya,tiba tiba tulah,segala isi perut google serta hadis hadis sahih dan tidak sahih dikeluarkan.walhal sebelum tu,haram nak baca untuk diri sendiri pon idak.semuanya untuk kepuasan diri masing masing serta mahu dianggap bijak pandai oleh orang lain.

tidaklah dimaksudkan di sini semua orang sebegitu.sesetengahnya sahaja..DIULANGI.sesetengah..

mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk bersikap begitu.kononnya"eh saya berkata begini untuk mengingatkan kita sesama Islam"dan pada masa ini alasan AGAMA digunakan sebagai alasan yang kukuh.

benar,menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam menasihati satu sama lain,ke arah kebaikan.tapi kalau komen yang dilontarkan tu dilihat menjatuhkan maruah,memerli,mencaci,mengeji,bukankah da jadi haram namanya?

dan apabila kita menegur tentang cara tegurannya,alasan seperti di atas digunakan.maka bertebaranlah hasil hasil copy & paste dari mr google ditampal sebagai balasan.

bukan mahu membela pihak pihak tertentu,kalau niat untuk menegur tuh,tegurlah dengan cara yang sopan,bukan memerli atau memberi maki.orang yang ditegur pun akan selesa kalau kena dengan caranya.

tidaklah dimaksudkan di sini semua orang sebegitu.sesetengahnya sahaja..DIULANGI.sesetengah..

p/s: guwa taip nih dari hasil luahan perasaan guwa sendiri,bukan copy & paste dari google.

p/s lagi:dan oh ya,guwa lebih suka mengamalkan sikap"lantak p la kat dia"daripada bersikap"la yeke?betoi ka perangai dia camtu??"

kbai


3 comments: