Thursday 18 April 2013

Nakama

buat rakan seperjuanganku sebelum ini
maaf..
perjuanganku kini sudah tidak sama seperti kalian
perjuanganku kini sudah berhenti setakat itu
ada perjuangan lain yang perlu aku teruskan
bukan kerana berputus asa
bukan kerana kecewa 
tapi kerana ada perjuangan lain yang perlu diteruskan
ada perjuangan lain yang perlu aku perjuangkan

sering aku perhatikan
bukan seorang dua
ramai sahabat kita yang terkorban di pertengahan jalan
masing masing dengan alasan masing masing
akan tetapi
itu bukan alasan aku untuk menghentikan perjuangan ini
bukan..

aku tahu,ini perjuangan harmoni.
ini perjuangan demi periuk nasi sendiri
ini perjuangan demi keluarga sendiri
ini perjuangan demi kocek sendiri

aku tidak menyalahkan sesiapa
sama ada orang yang menarikku untuk berjuang bersama
ataupun rakan seperjuangan yang dulunya berjanji sehidup semati
namun mengalah sebelum berjuang
mungkin tiada atau paling tidak kurang keberkatan dalam perjuangan ini barangkali?

maafkan aku sahabat
perjuanganku yang dulu kini sudah berhenti setakat itu
mungkin tahajjud ku telah dijawap olehNya
mungkin ini perjuanganku yang sebenar benarnya.
dan aku amat berharap
hubungan persahabatan kita tidak berhenti di sini..
semoga hingga ke firdaus hendaknya
moga moga ya?

jangan pula kerana aku berhenti di sini,kalian semua memulaukan aku
jangan
kerana tanpa kalian aku kaku
tanpa kalian aku tiada tempat meluahkan perasaan sedihku
tanpa kalian aku tiada tempat meluahkan perasaan gembiraku
tanpa kalian aku tiada tempat meluahkan perasaan marahku
tanpa kalian....
aku mati..


p/s : bila agaknya guwa nak bagi puisi(puisi ke?berterabur aku baca!)ni kat member guwa nih eh...

kbai


p/s/s:oh ya nakama ni maksudnya sahabat/kawan.bahasa jepunnya nakama.haha(pengaruh anime)





7 comments:

  1. Replies
    1. mlm ke malam?mlm yg dulu bukan yg skarang haha

      Delete
    2. M.L.M lh... Bukan ek?
      Bistu ni utk rakan mna lak? Hehe

      Delete
    3. dah betul la tu hahahahaa

      Delete
    4. Takpe.. Rezki ada di mana-mana insyaAllah..
      Bersyukur buat apa yang di kurniakan...
      Kalau kita rasa cukup.. Maka cukuplah...
      Kalau rasa x cukup maka berusaha lah dengan apa cara sekali pun asalkan halal dan di berkati..
      Smuga di permudahkan dan di tambahkan rezki oleh Nya-
      ;)

      Fuh.. Komen plg skema aku pnah buat! Huhu

      Delete
  2. fuhhhhh...oyarn ke nih???(gosok2 mata)muaahahahahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.. Ni komen paling kejam aku dapat hari ni!
      Hahahahahahaha

      Delete