Monday 6 May 2013

entri ini tiada unsur perkauman.percayalah

mari kita bayangkan satu situasi

*ok pejam mata 5 saat dan cuba bayangkan

situasinya begini

tiba tiba malaysia merupakan sebuah negara yang hanya dihuni oleh rakyat berbangsa melayu..tiada cina,tiada india.dan tiada juga agama lain selain dari Islam.mereka telah dihalau keluar dari malaysia kerana terdapat bukti bukti yang menunjukkan mereka telah merancang secara senyap senyap untuk menjatuhkan kerajaan malaysia dan orang melayu dan ingin memerintah orang melayu di malaysia.
buruh buruh dari negara negara lain seperti indonesia,bangladesh,nepal dan vietnam juga telah diarahkan keluar,kerana disyaki telah diupah sebagai pengundi hantu semasa pilihanraya sebelumnya.

yang tinggal kini hanyalah bangsa melayu sahaja,termasuklah kaum lain seperti iban,dusun,kadazan dan lain lain di negeri sabah dan sarawak.Islam tetap menjadi agama rasmi.kecuali kaum di sabah sarawak yang ada agama masing masing.

maka hiduplah melayu dalam keadaan yang aman tenteram lagi bahagia kerana tiada lagi ancaman daripada bangsa bangsa lain.tiada lagi penindasan dari bangsa bangsa lain.peluang pekerjaan pon terbuka luas seluas luasnya untuk bangsa melayu tadi.

ada yang menjadi tauke kedai emas,ada yang menjadi pemilik syarikat penerbangan,syarikat telekomunikasi,dan sebagainya,yang mana sebelum ini dikuasai oleh bangsa lain.masing masing berebut rebut untuk memegang jawatan yang besar besar.tetapi mereka terlupa,kalau semua mahukan kerja yang hebat hebat,siapa yang nak kerja di kilang?siapa yang nak jadi buruh?siapa yang nak menoreh getah di estet estet peninggalan Ismet Ulam Raja?

maka berbalahlah sesama mereka kerana semua melayu mahukan kerja yang hebat hebat.tiada yang mahu menjadi buruh di tempat tanah tumpah sendiri.tak style katanya."muka guwa hensem camni takkan nak keja kilang kot bro?"kata seorang jejaka yang namanya tak mahu dikenali.


bersambung...




No comments:

Post a Comment